Sunday 16 February 2014

Syarat Penyertaan

TERMA DAN SYARAT TGU FUN RIDE 2014


1. Terbuka kepada seluruh peminat sukan basikal MTB.
2. Peserta yang menyertai Fun Ride ini dianggap telah bersetuju dengan terma dan    syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
3. Peserta perlu memastikan bahawa tahap kesihatan diri adalah baik dan berkemampuan untuk mengambil bahagian dalam Fun Ride ini.
4. Peserta pelu menggunakan basikal sendiri serta bertanggungjawab memastikan basikal tersebut selamat untuk digunakan.
5. Peserta WAJIB memakai Helmet semasa acara ini berlangsung.
"No Helmet No Ride".
6. Semua peserta yang berdaftar layak untuk acara Cabutan Bertuah dan perlu menunjukkan No. Plat semasa mengambil hadiah.
7. Peserta perlu menunjukkan No. Plat kepada urusetia semasa menuntut medal dan makanan tengahari.
8. Segala resiko adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kemalangan, kecederaan atau kematian serta kehilangan mahupun kerosakkan harta benda sebelum, semasa dan selepas acara ini berlangsung.
9. Peserta yang dibawah umur 16 tahun diwajibkan mendapat kebenaran dari ibu/bapa atau penjaga.
10. Tiada REFUND jika penarikan diri dibuat selepas tarikh penutupan pendaftaran.
11. Sebarang bentuk bantahan tidak akan di layan.